Pogba kekal di United - Matic - Utusan Malaysia

Pogba kekal di United – Matic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Nemanja Matic percaya Paul Pogba akan kekal bersama Manchester United pada musim ini bagaimanapun mengakui sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam bola sepak.

Masa depan Pogba di Old Trafford menjadi tajuk utama ketika pramusim terakhir United selepas pemain tengah Perancis itu menghilangkan diri ketika menewaskan AC Milan menerusi penentuan penalti 5-4 setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Cardiff.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berkata ketiadaan Pogba adalah disebabkan dia berasa sakit di belakang badan walaupun pada mulanya namanya disenaraikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Solskjaer cuba menyalahkan kesilapan di bahagian pentadbiran dan menegaskan dia tidak berasa ragu-ragu bahawa Pogba akan kekal komited bersama United selepas berkata pemain bernilai 89 juta pound (RM451 juta) itu cergas untuk bertemu Chelsea dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

Mengulas lanjut mengenai masa depan Pogba, rakan sepasukannya, Matic berkata dia tidak nampak sebarang tanda bahawa juara dunia 2018 itu akan meninggalkan Old Trafford namun percaya sebarang kemungkinan boleh terjadi.

“Kita lihat apa yang akan berlaku. Dia pemain Manchester United dan sudah pasti kami gembira jika dia kekal bersama pasukan.

“Dia seorang pemain yang bagus dan penting untuk pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini