PUTRAJAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Floria Diraja Putrajaya 2019 bagi membuat demonstrasi masakan cucur durian Musang King. Keberangkatan tiba baginda disambut Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim dan isteri, Datin Murni Muda. Tunku Azizah yang umum ketahui sebagai peminat dunia masakan kelihatan gembira melihat rakyat jelata mengerumuni kawasan demonstrasi masakan yang terletak di tapak buahan-buahan…










