PUTRAJAYA 29 Ogos – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, beliau tidak mendapat maklumat berkaitan pelantikan Jalil Rasheed sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkuat kuasa 1 Oktober. “PNB di bawah Zeti (Pengerusinya, Tan Sri Dr. Zeti Aziz). Zeti tidak beritahu saya pun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini. Perdana Menteri ditanya persoalan sama…










