MILAN 30 Ogos – Penyerang sensasi Korea Utara, Han Kwang-Song bakal menyertai juara Itali, Juventus menerusi pinjaman daripada Cagliari. Kwang-Song, 21, pemain Korea Utara pertama yang beraksi dalam Serie A menghabiskan dua musim lalu bersama kelab Serie B, Perugia secara pinjaman. Pengurus baharu Juventus, Maurizio Sarri telah lama mengikuti perkembangan pemain itu dan amat meminati permainannya. Menurut akhbar Itali, Gazzetta Dello Sport, Kwang-Song akan berlatih bersama skuad utama Juventus tetapi untuk pasukan bawah 23 tahun mereka. Penyerang kelahiran Pyongyang itu menghabiskan karier remajanya dengan beraksi bersama akademi bola sepak Barcelona…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya