MELAKA – Pembunuhan kejam tiga beranak di sebuah rumah di Bertam Malim di sini pada tiga tahun lalu akhirnya terbela apabila Mahkamah Tinggi Melaka menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pelakunya hari ini. Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Luqman Hadi Mustapa, 31. Mengikut pertuduhan satu hingga ketiga, Luqman Hadi didakwa telah membunuh Hassan A. Wahab, 70; isterinya,…

 
								









