IPOH 3 Ogos – Pemuda UMNO Perak meminta status terkini kertas pendakwaan kes seorang ahli exco kerajaan negeri yang dituduh merogol segera didedahkan. Ketuanya, Mohd. Ariff Abdul Majid berkata, Peguam Negara dan Ketua Polis Perak tidak seharusnya tunduk kepada desakan atau tekanan mana-mana pihak termasuk daripada parti politik dalam kes tersebut. Menurutnya, rakyat memerlukan sistem perundangan dan penguatkuasaan yang adil, non-partisan dan telus yang memberi jaminan keselamatan kehidupan mereka. “Pergerakan…










