JOHOR BAHRU 31 Ogos – Pelaksanaan bekalan air berjadual di kawasan yang bergantung kepada Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam pada 2 September ini akan diteruskan. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ini kerana paras air di Empangan Machap masih berada di bawah paras kritikal. “Paras air di Empangan Machap yang membekalkan air kepada LRA Simpang Rengam kini berada di tahap 14.45 meter…










