ALOR SETAR – Kegembiraan 10 pelajar sebuah sekolah pondok di Perlis mandi di Sungai Anak Bukit, Kampung Seberang Chegar di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Muhammad Shukri Amri Kadir dilihat terkapai-kapai di tengah sungai sebelum hilang dibawa arus. Rakan mangsa, Saiful Nizam Ismail, 18, berkata, dia bersama sembilan rakan termasuk mangsa mandi di sungai tersebut kira-kira…










