KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala seorang lelaki Myanmar cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain di simpang tiga Jalan Long Yunus, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 3.20 petang, motosikal yang ditunggang mangsa, Amirul Hakim Ismail, 16, bergesel dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza sebelum terbabas dan berlanggar dengan kereta jenis Honda Jazz. Amirul Hakim maut serta-merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah. Manakala seorang mangsa warga Myanmar berusia 28 tahun yang menunggang motosikal jenis Suzuki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya