KUALA LUMPUR 26 Ogos – Kementerian Pendidikan diminta menyiasat punca kematian seorang pelajar berusia 13 tahun yang dikatakan membunuh diri di Pulau Pinang, kelmarin. Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, sistem sedia ada yang menjurus kepada kecemerlangan akademik mungkin boleh mengundang masalah kemurungan dan gangguan psikologi kepada pelajar. “Para guru perlu mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid dan kembali menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membangunkan…