KUANTAN 31 Ogos – Sebanyak 19 rumah kedai dua tingkat, 11 rumah kongsi setingkat dan sebuah perpustakaan awam musnah dalam kebakaran di Pekan Sungai Lembing dekat sini pagi ini. Difahamkan, dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohamad, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.40 pagi. Katanya, lima jentera dikerahkan ke tempat kejadian iaitu dua jentera dari Balai…










