KUALA LUMPUR 26 Ogos – Mesyuarat pimpinan Bahagian Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Parlimen Bandar Tun Razak bersetuju dan menyokong penyatuan ummah antara Pas dan UMNO yang dipersetujui parti gabungan pembangkang, Gagasan Sejahtera iaitu Pas, Ikatan dan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) hari ini. Ketua Bahagiannya, Datuk Aliff Tafid berkata, penerimaan kerjasama itu berdasarkan kepada matlamat parti dalam usaha memastikan Bangsa Malaysia daripada terus kehilangan sifat jati perpaduan dalam kalangan masyarakat…









