KUANTAN 28 Ogos – Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills) akan menapis projek dan tender melibatkan pelbagai pihak yang berurusan dengan institusi itu selaras dengan usaha memperkukuh akauntabiliti serta integriti dalam pentadbirannya. Pengerusi Pahang Skills, Datuk Mas’ut Awang Samah berkata, institusi berkenaan menapis semua sebut harga tender bagi memastikan pembekal, kontraktor dan perunding tidak menawarkan sebarang bentuk rasuah kepada pegawai dan kakitangannya. “Bagi memastikan semua pihak yang berurusan dengan Pahang…










