MUNICH – Kemenangan 5-3 Real Madrid ke atas Fenerbahce dengan ledakan hatrik penyerang Perancis, Karim Benzema pada perlawanan pramusim awal pagi tadi sedikit sebanyak mengurangkan tekanan terhadap gergasi Sepanyol itu dan pengendalinya Zinedine Zidane. Begitupun pertahanan Real dilihat terlalu lemah apabila mereka telah melepaskan 16 gol dalam hanya lima perlawanan persahabatan setakat ini. Juara Eropah 13 kali itu berdepan lawan dari Turki tersebut yang menewaskan Tottenham 1-0 kelmarin dalam perlawanan…










