KUALA LUMPUR 31 Ogos – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka dekat sini semalam. Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemukan di bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta Proton Saga dengan keadaan enjin masih hidup dan berkunci oleh orang awam kira-kira pukul 6.25 petang. Berikutan itu, orang awam yang berada di lokasi tersebut menghubungi pihak polis yang kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut. Polis yang kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut mendapati tingkap cermin bahagian belakang sebelah kiri tidak ditutup rapat dan diselit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya