KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang membuat naik ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan memuat naik status itu minggu lalu. Bagaimanapun tertuduh Muhammad Zikri Ibrahim, 29, yang bekerja sebagai pegawai pemasaran itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noorsyakin Sahat. Mengikut pertuduhan, Muhammad Zikri didakwa telah menggunakan…