BUKIT MERTAJAM 28 Ogos – Seorang peniaga ikan ditahan selepas disyaki merakam gambar dan video seorang wanita yang sedang menggunakan tandas di sebuah kafe di Juru, dekat sini Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, suspek berusia 33 tahun dikatakan merakam gambar dan video seorang pelajar wanita berusia 21 tahun dari bahagian atas pembahagi tandas di kafe berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, perbuatan suspek itu bagaimanapun disedari mangsa yang melihat tangan suspek yang memegang telefon bimbit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya