MELAKA 29 Ogos – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri pelbagai jenis kasut di kediaman penduduk sekitar Melaka Tengah di sini malam tadi. Suspek yang berusia 33 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis ketika berada dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di Plaza Sungai Udang di sini kira-kira pukul 10.30 malam. Selepas polis memeriksa kereta jenis Proton Saga dipandu suspek, polis menemukan 25 pasang kasut pelbagai…










