KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pihak Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MKD dan Kesas Holdings, anak syarikat Gamuda Bhd. dengan kepentingan sebanyak 70 peratus bersetuju melanjutkan tempoh akhir rundingan serta memuktamadkan perjanjian membabitkan pengambilalihan konsesi lebuh raya dari 30 Ogos kepada 31 Oktober depan. Gamuda dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, kesemua syarikat sekutu kumpulan itu, syarikat usaha sama serta MKD juga telah bersetuju untuk melanjutkan rundingan berkenaan. “Kesemua terma lain…










