HAIKOU 29 Ogos – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala seorang cedera parah dalam kejadian ribut di sebuah bandar di wilayah Hainan selatan China pada Khamis pagi, lapor agensi berita Xinhua. Menurut pihak berkuasa tempatan bencana ribut itu membadai perbandaran Nada di bandar Danzhou kira-kira pukul 4 pagi. Bencana itu menyebabkan rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan runtuh menyebabkan lapan orang terbunuh. Seorang dilaporkan mengalami kecederaan serius manakala yang lain cedera…










