KUALA SELANGOR 5 Ogos – Seorang lelaki putus bahagian tapak tangan akibat ditetak dengan senjata tajam manakala seorang anggota polis pula cedera dalam satu rusuhan di sebuah kuil di Bestari Jaya, Sungai Darah, di sini malam semalam. Rusuhan sekitar pukul 9.15 malam itu berlaku ketika satu perarakan Chariot (pedati berhias) sedang diadakan di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, sebelum bertukar menjadi pergaduhan antara dua kumpulan hingga kemudiannya terjadi aksi tetak-menetak menggunakan…










