SEREMBAN 28 Ogos – Sebuah kereta Perodua Kancil milik bilal Surau Taman Bukit Chedang Fasa 2 dekat sini rosak teruk akibat ditimpa sebatang pokok yang tumbang kira-kira pukul 5.15 petang semalam. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pokok setinggi kira-kira 10 meter dengan anggaran saiz ukur lilit satu meter itu dipercayai tumbang ditiup angin kencang. Jelas beliau, kejadian tersebut berlaku semasa hujan lebat dan orang ramai sedang menunaikan solat Asar di surau berkenaan. “Pokok di hadapan surau itu tumbang dan menimpa bahagian bonet sebuah kereta Perodua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya