KUALA LUMPUR 21 Ogos – Program pengumpulan minyak masak terpakai anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
di Pasar Malam Rintis, Keramat Permai di sini menerima sambutan baik orang ramai.
MPAJ berkata, kempen pengumpulan minyak masak terpakai dilakukan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya suri rumah dan peniaga makanan tentang keperluan usaha itu.
“Diharapkan melalui kesedaran yang dipupuk orang ramai dan peniaga tidak akan membuang sisa minyak ke dalam longkang atau tempat tidak sepatutnya. – UTUSAN ONLINE











