Menerima jemputan bersarapan pagi di sebuah rumah kenalan di Kajang, Selangor baru-baru ini diserikan dengan kehadiran ramai tetamu sambil menikmati menu lazat yang pelbagai seperti nasi lemak, sate, cucur jagung, bihun sup dan juga durian kampung. Sambil menikmati juadah, saya teruja apabila tetamu yang terdiri daripada ibu-ibu berusia lebih 50 tahun berbicara mengenai hobi mereka yang suka mengumpul bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware. Pelbagai cerita dikongsikan bersama sepanjang pengalaman menyimpan barangan yang menawarkan jaminan seumur hidup itu. Sangat bertuah bagi peminat tegar jika suami memberi restu dan menyokong hobi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya