KUANTAN 31 Ogos – Mayat yang ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 20 rumah kedai dua tingkat, 11 rumah kongsi setingkat dan sebuah perpustakaan awam di Pekan Sungai Lembing di sini pagi ini dipercayai seorang wanita warga emas. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, mayat wanita itu dipercayai dalam lingkungan usia 70-an ditemukan di balkoni rumahnya pukul 6 pagi. “Mayat itu dipercayai seorang wanita…










