JAKARTA 27 Ogos – Kebakaran hutan dan kawasan di wilayah Sumatera Selatan (Sumsel) dilaporkan semakin buruk dengan keluasan yang terjejas bertambah 147 hektar. Ini disebabkan api yang marak merebak di kawasan tanah gambut sehingga menyukarkan operasi pemadaman dijalankan. Lapor portal Republika, Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sumsel, Ansori Ansori berkata, keluasan kawasan yang terjejas dengan kebakaran itu mencapai 1,822 hektar semalam, menunjukkan peningkatan berbanding 1,675 hektar yang dilaporkan pada Sabtu lalu. “Sehingga kini, kebakaran masih berlaku di Muara Medak Bayung Lencir, Musi Banyuasin dan Ogan Ilir,” katanya. – AGENSI.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya