GENEVA 30 Ogos – Kebakaran yang tercetus di hutan Amazon mencetuskan risiko kepada kesihatan termasuklah masalah pernafasan, terutama terhadap kanak-kanak. “Kami mendapat laporan mengenai peningkatan kes masalah pernafasan terhadap kanak-kanak tetapi tiada yang kami boleh laporkan daripada pemantauan sistematik,” kata Pengarah Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Penentu Kesihatan di Jabatan Kesihatan WHO, Dr. Maria Neira seperti dipetik oleh Reuters. Menurut Neira, mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, berdepan risiko tinggi akibat asap kebakaran tersebut. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya