JAKARTA 22 Ogos – Indonesia hari ini menetapkan wilayah Kalimantan Timur (Kaltim) sebagai lokasi ibu negara republik ini yang baharu menggantikan Jakarta. CNN Indonesia melaporkan, Jakarta bagaimanapun masih merahsiakan kawasan sebenar pusat pentadbiran itu bagi memastikan kawasan berkenaan telah bersedia selain mengelak spekulasi kenaikan harga tanah. “Ya Kalimantan Timur, tetapi belum tahu lokasi yang lebih tepat,” kata Menteri Agraria dan Tata Ruang, Sofyan Djalil. Jelas Sofyan, kerajaan masih belum terbuka…










