KUALA LUMPUR- Kempen #jomsokongutusankosmo yang diadakan sejak minggu lalu bagi memasarkan dua akhbar terbitan Kumpulan Utusan mula membuahkan hasil selepas jualannya dilihat menunjukkan peningkatan positif. Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Satu Kumpulan Utusan, Airman Kamaruddin berkata, sokongan pembaca terhadap akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia mula meningkat berbanding sebelum ini selepas kempen itu dilancarkan. “Sambutan orang ramai pada kali ini sungguh berbeza, mereka membeli akhbar yang dijual meskipun harga telah dinaikkan sebanyak…









