JAKARTA 31 Julai – Indonesia hari ini mengerahkan ribuan anggota tentera dan polis untuk memadamkan kebakaran hutan selepas mengisytiharkan perintah darurat di enam wilayah di kepulauan Sumatera dan wilayah Kalimantan di Borneo. Menurut Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional, Agus Wibowo, jumlah titik panas di negara ini meningkat dengan 124 daripadanya disifatkan cukup kuat dan boleh menyebabkan kebakaran di seluruh negara, hari ini. Katanya, kerajaan mengisytiharkan darurat di wilayah Riau, Sumatera…










