KUALA LUMPUR – Pelaburan saham menjadi skeptikal dalam kalangan golongan Bumiputera di negara ini kerana bimbang berhadapan dengan risiko kerugian yang bakal dialami. Dalam apa juga bentuk pelaburan, risiko kerugian dapat dikecilkan atau diminimakan. Caranya ialah dengan mempelajari ilmu perdagangan saham dengan individu yang berpengalaman, mahir dan bertauliah. Suka atau tidak, hakikatnya jurang perbezaan di antara golongan Bumiputera dengan bukan Bumiputera agak ketara. Berdasarkan sumber yang dipetik dari Bursa Malaysia-i…










