Isu Zakir Naik: Polis Kelantan tidak keluarkan permit ceramah - Utusan Malaysia

Isu Zakir Naik: Polis Kelantan tidak keluarkan permit ceramah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Polis Kelantan tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang berhajat membawa penceramah kontroversi, Dr. Zakir Naik bagi menyampaikan ceramah.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, polis tidak akan membenarkan perkara itu (ceramah) di hadapan umum dan sehubungan itu mulai sekarang sebarang permit tidak akan dikeluarkan.

Beliau berkata, tindakan itu diambil atas faktor keselamatan tetapi beliau (Zakir) boleh datang ke Kelantan dan bebas ke mana-mana sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh menyekat sekiranya beliau datang ke sini tetapi sebagaimana yang kita maklumkan, beliau tidak boleh menyampaikan ceramah di hadapan umum.

“Tindakan ini diambil adalah atas faktor keselamatan berikutan beberapa isu yang timbul daripada ceramah yang disampaikan beliau sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, selain Kelantan ada beberapa lagi negeri seperti Kedah, Perlis dan Terengganu yang mengharamkan Zakir menyampaikan ceramah disebabkan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Sebelum ini dalam ceramahnya di Kota Bharu, Zakir dilaporkan telah membuat perbandingan agama yang menimbulkan kontroversi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×