Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, internet membawa maksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data di seluruh dunia Laporan carta kepantasan internet dunia yang dikeluarkan oleh Speedtest pada bulan Oktober 2018 mendedahkan Malaysia berada di tangga ke-26 dengan purata kelajuan hanya 61.97 megabit sesaat (Mbps) Tempat pertama dipegang oleh Singapura dengan kelajuan 181.47 Mbps…









