KUALA LUMPUR 28 Ogos – Indonesia masih cuba meyakinkan Malaysia tiada keperluan menggunakan kereta perisai (barracuda) dalam aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Bung Karno, 5 September depan. Memetik laporan CNN Indonesia, Pengarah Media badan bola sepak negara itu (PSSI), Gatot Widakdo berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meminta barracuda disediakan bagi membawa pemain dari tempat penginapan ke stadium sebagai langkah keselamatan. PSSI bagaimanapun memberi jaminan perlawanan akan berlangsung dengan selamat kerana ribuan anggota keselamatan dikerah untuk mengawal stadium. Katanya, mereka akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya