SEJAK memulakan karier nyanyiannya di Malaysia sekitar lima tahun lalu, penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun selesa bernaung di bawah pengurusan Warner Music. Bermula dengan single Senyum yang diterbitkan pada 2014, karier lelaki berusia 21 tahun itu cukup tersusun di bawah label muzik antarabangsa tersebut. Namun, jodoh Aziz bersama Warner Music tidak kekal lama. Selepas memasarkan single duet berjudul Hana bersama pelakon Hannah Delisha sekitar penghujung tahun lalu, Aziz memutuskan untuk…









