JAKARTA 30 Ogos – Menteri Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Wiranto menggesa agar menghentikan ketegangan yang berlaku di bahagian timur wilayah Papua sejak dua minggu lalu. Lapor Reuters, beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika sidang media bersama dengan beberapa tokoh Papua di Jakarta hari ini. “Mengapa kita perlu membunuh antara satu sama lain disebabkan kita berasa tersinggung? Mari kembali kepada keamanan, fikirkan tentang masa depan di mana tiada kemusnahan dan wujud pembangunan,” kata Wiranto. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya