KUALA TERENGGANU 30 Ogos – Rakyat negeri ini diseru menghayati erti sebenar kemerdekaan di samping membentuk kesatuan, tenaga dan pemikiran dalam diri masing-masing demi agama serta negara. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dan dalam masa sama membantu masyarakat sekeliling mencorak masa depan bagi mencapai kemajuan serta kesejahteraan hidup sama ada di dunia mahupun akhirat. Katanya, pelbagai pencapaian dan…










