PONTIAN 28 Ogos – Pelbagai cara dan aktiviti dilakukan individu mahu pun organisasi bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-62 pada minggu depan. Begitu juga dengan kaedah pembuatan Jalur Gemilang yang sebelum ini banyak menggunakan barangan terpakai seperti bekas telur, cawan, pinggan dan polisterin diubah mengikut kreativiti masing-masing. Namun berlainan pula dengan inisiatif seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kawasan (6) Mukim Rimba Terjun, Tan Boon Chuan yang membuat Jalur Gemilang dengan menggunakan kantung bawang. Bagi tujuan tersebut, Tan Boon Chuan, 52, telah menggunakan kira-kira 300 kantung bawang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya