ALOR SETAR – Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah merampas 2,996 naskah Al-Quran dan muqaddam bernilai RM65,382 dalam beberapa operasi antara bulan Januari dan Julai lepas. Pengarahnya Zaki Mohamed berkata, semua rampasan itu dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan premis menjual buku selain kaki lima premis. “Kesemua Al-Quran dan muqaddam ini tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ), kita harap umat Islam di Malaysia lebih berhati-hati membeli Al-Quran dan perlu pastikan ada cop kelulusan KDN,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya