KUALA SELANGOR – Seorang guru wanita trauma apabila nyaris menjadi mangsa patukan seekor ular senduk yang melingkar di atas sebuah mesin basuh di rumahnya di Taman Sirambai, di sini semalam. Kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang ketika Azizah Utoh, 47, hendak memasuki bilik air selepas mengambil anaknya dari sebuah sekolah berhampiran. Menurut kakak mangsa, Fatimah, 57, ular senduk sepanjang 0.7 meter didapati telah mengembangkan kepala dipercayai dalam posisi mematuk. Katanya,…










