NEW DELHI – Seekor gajah terjatuh ke dalam sebuah perigi buta sedalam kira-kira 6 meter berhampiran kem tentera Panagar di bandar Jalpaiguri dalam negeri Bengal Barat, lapor akhbar Daily Star. Bagaimanapun, gajah itu bernasib baik kerana beberapa pegawai tentera menyedari terdapat haiwan terperangkap di sekitar kem mereka selepas mendengar suara kuat haiwan tersebut baru-baru ini. Pihak tentera kemudian meminta bantuan daripada Jabatan Perhutanan Burdwan. Tidak lama kemudian, renjer dan petugas…










