CYBERJAYA – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima 4,635 aduan daripada pengguna dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu melonjak 161 peratus berbanding 1,770 dalam tempoh yang sama tahun lepas. Timbalan Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, dalam tempoh tersebut, masalah rangkaian seperti gangguan perkhidmatan merupakan antara aduan tertinggi dilaporkan pengguna iaitu 1,938, dan juga yang paling kerap diadukan sejak empat tahun kebelakangan ini. Menurutnya, antara masalah…










