SIBU 28 Ogos – Sebanyak 15,850 keping papan kayu haram dan barang kes bernilai RM186,000 berjaya dirampas dalam serbuan di empat buah kilang kayu di kawasan Pusa, Betong, di sini Semalam. Tiga daripada kilang tersebut terletak di Kampung Beladin Hulu manakala sebuah di Jalan Maludam, Pusa. Hasil pemeriksaan oleh cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu mendapati empat kilang kayu yang terletak di lokasi berbeza tersebut disyaki beroperasi secara haram. Pegawai Pemerintah Batalion 10, Superintenden Sanuddin Md Isa berkata, empat lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun dipercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya