KEPALA BATAS – Dua pasang kekasih yang disyaki anggota kumpulan samun kenderaan dan pecah rumah dikenali Geng Satria yang aktif di sekitar Pulau Pinang dan Kedah sejak tahun lepas, diberkas Khamis lepas, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor. Katanya, keempat-empat individu yang berumur antara 20 dan 29 tahun itu ditangkap semasa serbuan ke sebuah rumah pangsa di Taman Merbau Indah, Butterworth dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari, yang turut membawa kepada penemuan dua buah kereta dipercayai dicuri. “Kereta jenis Proton Satria dan Perodua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya