SEPANG – Kegembiraan enam sekawan bermandi sungai berakhir dengan tragedi selepas dua daripadanya dikhuatiri lemas dalam kejadian di muara sungai Pantai Bagan Lalang di sini petang tadi. Dalam kejadian itu, dua mangsa, Muhammad Hafiz Mohd. Zainal, 14, dan adiknya, Siti Nuralya, 11, dipercayai lemas sebelum hilang dibawa arus. Komander operasi kanan, Azrul Faizal Maarif berkata, empat lagi kanak-kanak termasuk dua orang adik kepada mangsa iaitu Muhammad Al Hakim dan Muhammad…










