PUTRAJAYA – Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 September depan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual yang dihadapi oleh bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim. Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan tarikh tersebut selepas peguam yang mewakili Sulaiman, 38, mengemukakan dokumen yang tidak lengkap pada prosiding hari ini. Beliau hadir ke mahkamah dengan memakai tengkolok di kepala dan ditemani oleh peguamnya, Muaz Zafar.…