Di sudut Cut Gambang menangis tersedu-sedu. Ayahnya, Teuku Umar baru saja gugur syahid melawan Kaphe Belanda. Ratusan tentera Aceh ikut terkorban. “Ayahmu syahid. Nak Cut Gambang usah kau bersedih,” sapa ibunya. “Aku pantang kalau yang syahid diratapi. Kalau kau menangis juga ku tampar kau nanti!” tegas suara Cut Nyak Dhien. Buah sedu Cut Gambang, puterinya kian mengecil. Cut Gambang bukti kasih sayangnya bernikah dengan Teuku Umar. Bukan mudah, lamaran pertama…










