City, Liverpool belum cukup bersedia - Utusan Malaysia

City, Liverpool belum cukup bersedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Kevin De Bruyne percaya, Manchester City dan Liverpool belum bersedia ‘secara fizikal’ untuk menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris sejurus selepas membantu City mempertahankan Perisai Komuniti, malam tadi.

Raheem Sterling meletakkan City di depan pada minit ke-12 sebelum Joel Matip menyamakan kedudukan, 13 minit menuju penghujung permainan untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1.

City bagaimanapun muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas penjaga gol, Claudio Bravo menyelamatkan tendangan Georginio Wijnaldum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gabriel Jesus menyempurnakan sepakan kemenangan skuad The Citizens manakala empat lagi tendangan diambil oleh Ilkay Gundogan, Bernardo Silva, Phil Foden dan Oleksandr Zinchenko.

“Ia perlawanan yang amat sukar.

“Anda boleh lihat, kami baru memasuki pramusim, jadi kedua-dua pasukan jelas belul benar-benar bersedia secara fizikal.

“Apa pun ia sangat mengujakan untuk melihat persaingan kembali membuka tirai, dan kami tidak sabar untuk mencabar satu sama lain sekali lagi,” kata De Bruyne kepada BT Sport.

Bintang tengah City itu berkata, ada beberapa pemain yang baru kembali memulakan latihan dua hari lalu, jadi persaingan awal musim tempoh yang amat penting.

Musim baharu Liga Perdana Inggeris akan membuka tirai pada Jumaat ini apabila Liverpool menentang Norwich City di Anfield (3 pagi Sabtu waktu Malaysia)

City pula memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan bertandang ke West Ham pada Sabtu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini