SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan seekor anjing baka Pug di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. Pengarah Maqis Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, anjing jantan yang diimport dari Filipina itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini berikutan tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati nombor mikrocip dalam Import Permit (IP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis tidak sama dengan nombor mikrocip di dalam Sijil Kesihatan Veterinar. “Anjing itu kini ditahan di Stesen Kuarantin Haiwan KLIA untuk siasatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya