PUTRAJAYA 1 Ogos – Kepimpinan PKR digesa memberikan maklum balas segera berhubung status jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa gagal menghadiri mesyuarat parti dalam tempoh yang lama. Ahli PKR Cabang Ipoh Barat, P. Jenapala menjelaskan, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan PKR yang menetapkan mana-mana ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang mungkir menghadiri mesyuarat MPP sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan-alasan memuaskan akan disifatkan sebagai meletakkan jawatan di…










